Rabu, 21 Julai 2010

Ape nak jadi rumah iman pun sanggup di bakar..


Ape nak jadi rumah iman pun sanggup di bakar..(meman dunia nak kiamat dah, bila orang solleh tidak lagi dihormati)

baca atikel ni dari mtro..

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, individu terbabit dipercayai membakar kawasan luar rumah imam berkenaan di tingkat bawah sebelum membakar rumah dua lagi AJK surau berkenaan di tingkat satu dan sembilan.

Kejadian itu menyebabkan seluruh flat berkenaan terputus bekalan air berikutan paip PVC utama di tingkat sembilan yang menyambung bekalan ke rumah penghuni turut dibakar sehingga menyebabkan limpahan air .

Imam berkenaan, Besar Omar, 60, berkata dia menyedari kebakaran itu kira-kira jam 5.30 pagi selepas keluar rumah untuk ke surau bagi mengimamkan solat Subuh.

“Sebaik keluar rumah, saya lihat jiran sibuk memadamkan ampaian kain di depan rumah saya yang terbakar. Ketika itu baru saya tahu ampaian rumah saya dibakar dan selepas memeriksa, saya dapati baju keluarga saya disidai di ampaian mempunyai kesan terbakar.

“Saya tak risau dengan kebakaran itu, tapi apa yang saya kesalkan sikap individu terutama remaja di kawasan flat ini yang makin tidak berakhlak sehingga sanggup membakar rumah penghuni di sini,” katanya ketika ditemui, semalam.

tak tahu nak jadi ape budak2 sekarang ni..

baca selanjutnya di:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rumahimamdibakar/Article


baca selanjutnya di:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rumahimamdibakar/Article